Asteroid baru 2014 RC akan melintasi amat hampir dengan Bumi pada 2.15 am 8 Sep 2014 Waktu Malaysia
Sebuah lagi asteroid kecil, yang diberi nama 2014 RC, akan melintasi Bumi pada jam 2.15 pagi 8 Sep 2014 (Waktu Malaysia). [caption id=”” align=”alignnone” width=”580”]
Rajah menunjukkan lintasan asteroid 2014 RC. Waktu yang dipaparkan ialah dalam zon waktu EDT. Credit: NASA/JPL-Caltech[/caption] Ia ditemui secara berasingan oleh 2 buah balaicerap, iaitu Catalina Sky Survey (Tucson,AZ) dan Teleskop Pan-STARRS 1 di Haleakala, Hawaii pada 31 OGOS 2014 lepas.. Berdasarkan kiraan yang dibuat, dijangkakan asteroid ini bersaiz lebih kurang 20 meter.
Lintasan
Berdasarkan laporan Bob King, dari Universe Today di bawah
Based on current calculations, 2014 RC will pass closest to Earth around 2:15 p.m. EDT (18:15 UT) on Sunday, September 7th.
Setelah waktu dan tarikh disesuaikan dengan kita, asteroid ini akan melintasi bumi pada 8 Sep 2014 (Isnin) jam 2.15 pagi waktu Malaysia. Jarak yang akan dilaluinya ialah hanya 1/10 sahaja jarak Bumi ke Bulan. Ini akan meletakkannnya pada jarak hanya 34,000 km sahaja dari permukaan Bumi (sumber). Pada jarak itu, ia akan bergerak di bawah garisan laluan satelit-satelit geosynchronous dan satelit cuaca. Namun begitu ia masih jauh daripada Bumi, dan TIADA PERLANGGARAN akan berlaku. [caption id=”attachment_1786” align=”alignnone” width=”936”]
Lakaran artis menunjukkan sebuah asteroid melintasi Bumi. Credit: P. Carril / ESA[/caption]
Sejarah
Walaupun asteroid 2014 RC ini akan ‘sipi-sipi’ sahaja melintasi Bumi, sebelum ini pernah berlaku beberapa lintasan yang jauh lebih dekat berbanding ini. Jika anda masih ingat, pada 15 Feb 2013 lepas, asteroid 2012 DA14 telah melintasi Bumi pada jarak lebih dekat, iaitu 27,680km sahaja! Di bawah merupakan rakaman foto lintasan 2012 DA14 yang berlaku tahun lepas, yang saya sempat rakam dari balai cerap teluk kemang. Perhatikan betapa lajunya pergerakan asteroid tersebut sepanjang 30 saat, lalu menyebabkan ia kelihatan seperti garisan panjang. https://www.youtube.com/watch?v=11AvbKdcSTE Sila rujuk artikel FO berkenaan asteroid tersebut di sini: FAQ: Asteroid 2012 DA14 Asteroid 2012 DA14 berjaya dirakam di Baitul Hilal Teluk Kemang, Negeri Sembilan Dan sekitar tarikh yang sama, sebuah lagi objek (yang besar sedikit berbanding 2014 RC) telah meletup di ruang angkasa Chelyabinsk, Rusia. Sila rujuk artikel FO di sini: Sebuah meteor yang amat besar meletup di ruang udara Rusia!
Cerap
Asteroid 2014 RC ini hanya akan bersinar sekitar magnitud 11 sahaja, jauh di bawah kemampuan mata kasar, binokular dan teleskop kecil. Kita perlukan sekurang-kurang teleskop bersaiz 6 inci ke atas, untuk melihatnya secara visual. Rujuk artikel FO _Tips: Gunalah bintang-bintang Orion untuk tahu had penglihatan langit kawasan anda _untuk memahami konsep skala magnitud ini. Di bawah ialah simulasi laluan asteroid 2014 RC ini di langit Malaysia. Simulasi ini bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 2 pagi. Jelas di sini, pada saat lintasannya paling hampir, asteroid ini tidak berada di ats ufuk, dan tidak dapat dilihat dari Malaysia. http://www.youtube.com/watch?v=7gtS9EQRiek Namun, beberapa pengendali teleskop secara online, akan cuba memancarkan lintasan asteroid ini secara langsung menerusi internet. Sila klik salah satu daripada pautan di bawah: SLOOH Virtual Telescope Project Wallahualam