Tarikh: 28-29 Disember 2014
|
TIPS
Alat Minima |
|
Tahap Pengetahuan |
|
Prospek Astrofoto |
|
Pada sepanjang malam pada 28 Dis dan 29 Dis ini, cuba perhatikan ke arah Komet Lovejoy. Berhampiran dengan komet ini, akan kelihatan sebuah gugusan bintang kecil, bernama M79. Menerusi teleskop, Komet Lovejoy ini akan lebih cerah berbanding M79.
Gugusan bintang M79 merupakan sebuah gugusan jenis Globular yang bermagnitud 7.7 . Boleh dilihat menggunakan Binokular di langit yang gelap. Ia terletak pada jarak 40,000 Tahun Cahaya dari Bumi.
Pada tarikh ini, ekor Komet Lovejoy akan melintasi ‘di hadapan’ gugusan ini, menjadikannya sebuah target astrofoto yang cukup menarik. Lokasi gugusan ini ialah di dalam buruj Lepus, sebuah buruj kecil yang terletak ke selatan dari buruj Orion.
Rujuk peta yang dijanakan menerusi Sky Safari Pro 4 di bawah. Ini merupakan kedudukannya pada esok, 29 Disember 2014 sekitar selepas Isya.
Kedudukan Komet Lovejoy pada malam ini (28 Dis) ialah ke bawah dari kedudukan M79.
Walau apa pun, kedua-dua boleh dilihat dalam medan pandangan yang sama.
#targetastrofoto