Tarikh: 29 Disember 2014
Target: Uranus
|
TIPS
Alat Minima |
|
Tahap Pengetahuan |
|
Prospek Astrofoto |
|
Uranus, planet yang ke-7 merupakan sebuah planet gergasi, bersaiz lebih kurang 4 kali ganda bumi.
Walaupun besar, disebabkan ia terlalu jauh dari Bumi, ia tidak kelihatan cerah di langit. Kiraan menunjukkan ia bersinar pada kadar magnitud 5.7, yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, ia jauh lebih mudah untuk dilihat menggunakan Binokular.
Malam ini, 29 Disember 2014, kebetulan Bulan berada berhampiran dengan Uranus, kita boleh gunakannya sebagai panduan mencari planet ini menggunakan Binokular.
Pandangan di atas menunjukkan kedudukan Uranus dengan Bulan.
Cara untuk mencarinya:
- Mulakan cerapan selepas Isya, apabila Bulan sudah sedikit ke arah Barat.
- Halakan binokular ke arah Bulan.
- Kemudian, posisikan Bulan di sudut kanan atas medan pandangan binokular.
- Uranus akan berada arah kiri bawah dari kedudukan Bulan (seperti dalam rajah).
Berdasarkan Sky Safari Pro 4, akan ada hanya beberapa buah bintang yang kelam sahaja di sekeliling Uranus. Oleh itu, kita tidak akan mudah terkeliru.
Jom, jika langit anda kebetulan cerah malam ini, cuba jejaki planet Uranus ini!