Giliran New Horizon pula bangun dari tidur … destinasi Pluto!

Berita Misi Angkasa Sistem Solar

It’s Alive!

Bak kata-kata dalam cerita Frankestein, begitulah mungkin yang diucapkan oleh jurutera dan saintis yang mengendalikan misi New Horizon, yang kini dalam perjalanan ke Pluto.

https://twitter.com/newhorizons2015/status/541419005006065664

Terletak pada jarak 2.9 bilion km daripada Bumi, isyarat yang penting dari New Horizon ini terpaksa mengambil masa 4 1/2 jam untuk sampai ke sini! Jaraknya dari Pluto pula ialah 162 juta km dan semakin hari semakin hampir ke destinasinya!

Misi New Horizon ini merupakan misi ke Pluto, dalam usaha untuk mengenali objek-objek kecil dan berais ini, yang dipercayai bertebaran dengan banyaknya di kawasan pinggiran Sistem Solar kita ini. Pluto (yang dahulunya dalam kategori planet) merupakan antara objek terbesar dalam kumpulan yang dikenali sebagai Planet Kerdil.

Saya dapat merasakan, menjelang kapal angkasa ini melintasi Pluto pada Julai 2015 nanti, pengetahuan kita terhadap planet kerdil ini akan bertambah setiap hari.

Bayangkan sahaja, ketika ini berdasarkan pemerhatian dari Bumi, kita sudahpun menemui 5 buah satelit mengelilinginya. Menjelang bulan Mei 2015 nanti, gambar yang diambil nanti akan menjadi jauh lebih jelas berbanding dengan apa yang telah dapat dirakam oleh Teleskop Angkasa Hubble. Entah-entah pada bulan Julai nanti, apa lagi penemuan baru yang akan dapat dilihat.

pluto_moons2-590x368
Pluto dan sistem bulannya.Sumber

Ahli astronomi berpendapat Pluto mungkin juga mempunyai sistem gelang tersendiri, malah mungkin ada awan-awan ais di atmosferanya yang amat sejuk itu!

Pluto terletak amat jauh dari Bumi, pada jarak sekitar 6 billion km. Ia juga kecil (lebih kecil dari Bulan kita) dan amat sukar untuk melihat sebarang rupabentuk yang jelas dari Bumi. New Horizon ini ialah satu-satunya peluang kita untuk melihatnya dari jarak dekat. Selepas ini entah bila lagi misi seumpama ini akan dilancarkan. Nak menunggu yang ini untuk sampai ke Pluto pun terpaksa mengambil masa 9 tahun!

Apa yang pasti tahun 2015 ini bakal menjadi tahun yang bersejarah bagi manusia  dari sudut penerokaan Sistem Suria ini.

plutonewhorizon

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments