Foto terkini Komet 67P

Berita Misi Angkasa

Melayari berita dari Rosetta hari ini telah menyaksikan beberapa buah siri foto terbaru Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang sungguh-sungguh menakjubkan.

Bob King dari Universe Today melaporkan, imej-imej yang dirakam pada 25 hingga 27 Feb 2015 lepas telah menunjukkan ‘pancuran’ atau ‘hamburan’ gas dan debu dari permukaan komet ini, semakin aktif dari hari ke hari.

Jika sebelum ini, kita memang pernah belajar bahawa semburan gas dan debu inilah yang mewujudkan ‘kepala komet’ yang digelar sebagai koma. Namun, belum pernah kita menyaksikannya keluar secara terus dari permukaan sebuah komet. Dari Bumi, kita hanya mampu melihat koma ini dalam bentuk ‘awan besar’ yang mengelilingi nukleus komet… itu saja!

Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0

Foto atas: Kelihatan bahan-bahan yang keluar daripada permukaan komet 67P seolah-olah berpusar-pusar. Antara faktor-faktor yang memungkinkan ia kelihatan demikian ialah pusingan di atas paksi komet tersebut, jisim yang berlainan dalam bahan-bahan yang dihamburkan, serta kesan tarikan graviti yang berlainan disebabkan bentuk komet yang tidak  sekata.

Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Credit: ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0

Foto atas: Lagi pandangan foto yang menarik menunjukan pancuran gas dan debu dari kawasan ‘leher’ komet 67P

Foto-foto yang dirakam ini membantu sebuah lagi alat yang dipanggil Alice ultraviolet (UV) imaging spectrograph, yang digunakan untuk mengenalpasti komposisi bahan-bahan di dalam koma dan nukleus. Menerusi data yang diperolehi, saintis yang mengendalikan Alice mendapati komet ini amat gelap dalam cahaya UV, dan permukaannya tidak mempunyai tompokan air-ais yang besar. Namun peliknya, air dikesan dengan banyaknya dalam bentuk wap yang terbebas dari permukaan komet ini apabila ia menerima haba daripada matahari.

Jumlah wap air yang hilang dari 67P, adalah dalam kadar 1 hingga 5 liter sesaat.

Copyright ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0
Copyright ESA/Rosetta/NAVCAM – CC BY-SA IGO 3.0

Foto Atas: Sebuah foto single frame yang dirakam dari jarak 82.9km dari Komet 67P pada 6 Mac 2015.

Menjelang komet ini berada pada kedudukan perihelion pada 13 Ogos 2015 nanti, adalah dijangkakan jumlah wap air dan debu akan bertambah berkali-kali ganda. Saya rasa ketika itu kita akan berpeluang menyaksikan transformasi yang cukup menarik berlaku dipersekitaran komet 67P.

 

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments