Pluto dan Charon, dunia yang tersendiri
[caption id=”attachment_2734” align=”alignnone” width=”1024”]
Credits: NASA-JHUAPL-SWRI[/caption]
MasyaAllah! Cuba tengok foto terbaru New Horizons ini!
Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum melintasi Pluto, peninjau angkasa New Horizons sudah mula memberikan foto-foto paling jelas terhadap Pluto, dan bulannya Charon.
Lihat sahaja foto ini, yang dihasilkan menerusi tinjauan pada 8 Julai lepas. Saya boleh katakan, foto ini adalah yang ter.. ter.. ter awesome yang kita dapat lihat setakat hari ini.
Ok, ok saya panggil Pluto tu planet _kali ini, kerana… cubalah tengok sendiri! Sekali imbas pun kita dapat lihat bagaimana dinamiknya dan unik kedua-duanya. Malah ramai ahli astronomi yang telah berkata, dan saya pun bersetuju, Pluto dan Charon ini bukannya _planet bersama bulannya, malah ia lebih sesuai digelar planet berkembar!
Dr. Phil Metzger ada menulis sebuah artikel menarik menghuraikan 9 sebab mengapa Pluto ialah sebuah planet.
Isu Pluto ini layak dipanggil planet atau tidak, panjang ceritanya. Lain kali aje lah.
Berbalik kepada cerita New Horizons ini, menerusi gambar terbarunya, kita sudah boleh lihat beberapa bentuk permukaan yang unik di atas permukaan Pluto. Lebih jelas di sini ialah variasi tone warnanya pun amat ketara.
Malah, di antara Pluto dan bulannya, Charon, warnanya amat berbeza, Pluto lebih kemerahan, berbanding Charon yang berwarna kelabu.
Saiz Charon pun ialah SEPARUH daripada saiz planet yang diorbitnya, iaitu Pluto. Kalau diikutkan, perbandingan nisbah bulan ini dengan planet yang diorbitnya, amat besar jikan dibangdingkan dengan planet-planet lain.
[caption id=”attachment_2736” align=”alignnone” width=”985”]
Charon menerusi kamera Long Range Reconnaissance Imager (LORRI), pada 8 Julai 2015 Credits: NASA-JHUAPL-SWRI[/caption]
Terdapat juga beberapa tompokan cerah, yang dipercayai kesan hentaman kawah. Ini merupakan berita baik buat saintis kerana dengan adanya kesan hentaman sebegitu, kita boleh tahu apakah yang terkandung di bawah permukaannya.
Di Pluto sendiri, tompokan hitam yang besar di bahagian ‘bawah’ foto tersebut, mempunyai gelaran tersendiri. Ia dipanggil whale atau ikan paus, kerana bentuknya seakan-akan mamalia tersebut.
[caption id=”attachment_2737” align=”alignnone” width=”985”]
Pluto menerusi kamera Long Range Reconnaissance Imager (LORRI), 8 Julai 2015. Credits: NASA-JHUAPL-SWRI[/caption]
Malangnya, ketika gambar ini dirakam, hemisfera Pluto yang mengandungi 4 jalur misteri tidak kelihatan kerana berada di bahagian ‘belakang’.
Boleh rujuk kenyataan akhbar ini untuk penerangan lebih lanjut.
Apa yang pasti.. aku tak sabor dah ni!