2 minute read

Banyak berita sehari dua ini yang melaporkan sebuah asteroid akan melintasi pada jarak yang amat dekat dengan Bumi pada bulan Mac 2016 nanti.

Asteroid bernama 2013 TX68 dilaporkan akan melintasi pada jarak hanya 17,700 km sahaja ( 1/20 jarak Bumi ke Bulan ) !

… dan ia mungkin juga akan melintas pada jarak sejauh 14.5 juta km (40 kali ganda jarak Bumi ke Bulan!)

Ok, jadi yang mana satu betul ni?


Sejarah

Asteroid 2013 TX68 telah ditemui menerusi kajian Catalina Sky Survey pada 6 Oktober 2013. Ketika itu ia melintas Bumi pada jarak 2 juta km.

[caption id=”attachment_3646” align=”alignnone” width=”1024”]screen 2016-02-06 at 12.53.19 PM Salah sebuah teleskop yang digunakan dalam kajian Near Earth Object, The Schmidt telescope (703). Catalina Sky Survey, University of Arizona.[/caption]

Saya telah merujuk kepada laporan rasmi NEO di sini, dan mendapati sebanyak hanya 32 cerapan yang dibuat dalam jangka waktu 3 hari sahaja. Selepas itu, asteroid ini memasuki langit waktu siang dan tidak dapat dikesan dan dicerap.

Poin di sini ialah dengan bilangan data hasil cerapan yang amat sedikit ini, adalah sukar untuk kita tentukan laluan sebenar asteroid ini apabila ia kembali melintasi Bumi pada bulan hadapan nanti.

Maka sebab itulah ada julat perbezaan kebarangkalian yang amat luas , daripada 1/20 jarak Bumi-Bulan hinggakan kepada 40 kali jarak Bumi-Bulan.


Kebarangkalian

Selepas lintasan Mac 2016 nanti, asteroid 2013 TX68 ini akan melintasi Bumi sekali lagi pada 28 Sep 2017. Namun ketika itu kebarangkalian ia melintasi betul-betul dengan Bumi ialah 1 dalam 250 juta. Maknanya amat tipis lah tu.

Selepas itu, ia akan melintas pada tahun 2046 dan 2097.

Paul Chodas, saintis dan pengurus di NASA’s Center of Near Earth Object Studies mengatakan

” Kemungkinan perlanggaran pada mana-mana tiga lintasan asteroid ini pada masa depan adalah terlalu kecil untuk dibimbangkan.

Saya menjangkakan cerapan lanjutan pada masa hadapan akan mengurangkan lagi kebarangkalian ini.”


Menurut akaun twitter @AsteroidWatch, yang menjawab soalan samada ia boleh dilihat dari Bumi apabila ia melintas pada 5 Mac 2016 nanti, asteroid ini tidak mungkin dapat dicerap ketika ia sedang menghala ke Bumi, kerana ketika itu ia berada di kawasan langit yang sama dengan matahari. Kita mungkin hanya dapat melihatnya apabila ia dalam perjalanan menjauhi bumi (berlawanan arah dari matahari).

@viewstitch Very unlikely we’ll see it on the way it, it’s coming from direction of sun. More likely we’ll see it on way out.

— Asteroid Watch (@AsteroidWatch) February 3, 2016

Laluan orbit asteroid 2013 TX68 boleh dilihat di SINI.


Saya buat sedikit kiraan menerusi Sky Safari Pro 4, dan memang benar pada tarikh menjelang 5 Mac 2016 nanti, asteroid ini akan berada di kawasan berhampiran matahari. Memang mustahil untuk dilihat.

[caption id=”attachment_3644” align=”aligncenter” width=”909”]screen 2016-02-06 at 12.46.44 PM Simulasi kedudukan asteroid 2013 TX68 pada 2 Mac 2016. Sumber: Sky Safari Pro 4[/caption]


Adakah lintas asteroid seumpama ini selalu berlaku?

Sedar atau tidak, sebenarnya begitu banyak asteroid yang sentiasa melintasi Bumi. Anda boleh rujuk kepada senarai rasmi yang sentiasa dikemaskini di laman web Spaceweather.com

Saya juga ada melaporkan di FalakOnline.net, serta melakukan cerapan sendiri beberapa siri lintasan asteroid lain sebelum ini. Ia boleh dicerap dengan menggunakan kaedah yang betul.


Wallahua’lam


Rujukan lain