Beagle-2 akhirnya ditemui setelah 13 tahun hilang
Akhirnya dah jumpa! Peninjau planet Marikh kepunyaan ESA, Beagle-2, yang dipercayai hilang dan terputus hubungan ketika dalam proses mendarat pada bulan Disember 2003 dahulu telah dapat dikesan.
Setelah hampir 13 tahun berlalu, akhirnya ditemui!
Menariknya, kaedah yang digunakan oleh para saintis dari Mullard Space Science Laboratory di University College London (UCL) ialah serupa dengan kaedah rakaman astrofotografi yang dibuat oleh pencerap langit seluruh dunia, iaitu menggabung dan menindih beberapa foto target yang sama, atau lebih dikenali sebagai stacking.
Semasa Beagle-2 ini gagal menghubungi Bumi, para saintis ketika itu mengandaikan ia telah musnah akibat terhempas dengan kuat.
Menurut BBC News, foto-foto yang diambil oleh sebuah lagi peninjau angkasa yang sedang mengorbit Marikh, Mars Reconnaissance Orbiter (MRO), telah menunjukkan sebaliknya apabila rupa bentuk Beagle-2 masih utuh dan tidaklah hancur berjaya dirakam.
[caption id=”attachment_3775” align=”alignnone” width=”660”]
Foto asal oleh Mars Reconnaissance Orbiter (NASA) menunjukkan Beagle 2 dipermukaan Marikh (kiri), dan dibandingkan dengan foto terbaru setelah diproses menggunakan kaedah “super-resolution restoration” (kanan) Credit: NASA/JPL-Caltech/Univ. of Arizona/Yu Tao et al/University College London[/caption]
Menerusi foto tersebut, didapati Beagle-2 ini berjaya mendarat dengan selamat, tetapi panel solarnya tidak terbuka dengan sepenuhnya. Mungkin itulah yang menyebabkan ia menghalang antena radionya daripada menghantar isyarat kembali ke Bumi.
Teknik pemprosesan foto yang dikenali sebagai Super-Resolution Restoration (SRR) ini berjaya mencapai resolusi 5cm/piksel berbanding 30cm/piksel sebelum ini. Kaedah ini telah diterbit dalam jurnal Planetary and Space Science baru-baru ini.
[caption id=”attachment_3773” align=”alignnone” width=”857”]
Credit: NASA/JPL-Caltech/Univ. of Arizona/Yu Tao et al/University College London[/caption]
Foto di atas menunjukkan kemampuan teknik yang dibuat oleh saintis UCL. Lihat perbezaan foto asal (barisan atas yang dirakam oleh Mars Reconnaissance Orbiter), dan foto yang diproses menggunakan keadah “super-resolution restoration” (barisan bawah)
Peninjau Beagle-2 ini adalah kepunyaan United Kingdom dan merupakan sebahagian daripada misi Mars Express kepunyaan European Space Agency. Ia dilancarkan pada Jun 2003 dan sampai di Marikh 6 bulan kemudian. Ia berpisah daripada pesawat induknya pada 19 Disember 2003 dan sepatutnya mendarat pada 25 Disember 2003.
[caption id=”attachment_3772” align=”alignnone” width=”950”]
Gambaran artis menunjukkan Beagle-2 di atas permukaan planet Marikh. Image: ESA/epa/Corbis[/caption]
Misi ini juga merupakan bukan misi pertama kali gagal. Sebelum ini, begitu banyak misi angkasa ke Marikh yang telah gagal hinggakan ada yang telah buat jenaka dengan mengatakan mungkin ‘penduduk Marikh’ tidak mahu diintai oleh ‘penduduk Bumi’ lalu menembak jatuh kapal-kapal angkasa ini!
Reaksi daripada laman sosial jelas menggambarkan kegembiraan dan keterujaan para saintis seluruh dunia.
https://twitter.com/JPMajor/status/725088375947051008
_Follow ngomelan Shahrin Ahmad di Twitter@shahgazer, hasil astrofoto di Flickr serta Youtube. Follow juga FalakOnline di Twitter @falakonline dan Facebook _