Langit Minggu Ini – 31 Dis 2018 – 6 Jan 2019

Fenomena

Minggu pertama tahun baru 2019 ini bermula dengan beberapa siri fenomena lintasan planetari atau juga dikenali sebagai conjunction di antara Bulan dan beberapa buah planet yang terang.

Rujuk Almanak Astronomi 2019 untuk senarai lengkap.

Guna versi Kalendar Google AA2019 di sini.


31 Dis 2018 (Isnin)

Bulan akan melintasi bintang Spica pada awal pagi (Subuh) tadi. Mungkin terlambat sikit. Jika anda mencerapnya pada Subuh esok, 1 Jan 2019, Bulan sudah mula bergerak sedikit jauh dan ke bawah dari bintang Spica.

Bintang Spica merupakan bintang yang tercerah di dalam buruj Virgo. Ia berada amat hampir dengan garisan ekliptik, satu garisan yang menandakan laluan pergerakan matahari, bulan dan planet-planet utama di dalam sistem suria.

Screenshot 2018-12-31 at 12.57.43 PM
Kedudukan Bulan dan Spica pada awal Subuh 31 Dis 2018. Simulasi Sky Safari 6 Pro
Screenshot 2018-12-31 at 1.00.07 PM
Kedudukan Bulan dan Spica pada awal Subuh 1 Jan 2019. Simulasi Sky Safari 6 Pro

2 Jan 2019 (Rabu)

Subuh ini, Bulan akan melintasi hampir dengan planet Zuhrah. Ini bakal menjadi satu pemandangan yang cukup indah.

Screenshot 2018-12-31 at 1.02.05 PM
Kedudukan Bulan dan Zuhrah. Pandangan mata kasar dari Malaysia dan Asia Tenggara selepas Subuh 2 Jan 2019. Simulasi Sky Safari 6 Pro

Kebetulan pula ketika ini, Bulan berada di dalam fasa sabit tua. Maka, jika anda merakamnya menerusi kamera, sudah boleh lihat kesan fenomena Earthshine.

Jarak sudut di antara Bulan dan Zuhrah ialah 1.5 darjah, atau lebih kurang 3 kali diameter bulan purnama.

Screenshot 2018-12-31 at 1.04.35 PM
Kedudukan Bulan dan bintang Zuben Elakrab, serta Zuhrah. Pandangan menerusi sebuah binokular atau teleskop refractor pendek (short tube refractor) dari Malaysia dan Asia Tenggara selepas Subuh 2 Jan 2019. Simulasi Sky Safari 6 Pro

Jika anda mempunyai teleskop, halakan ke Bulan. Di sebelah sudut bawah kirinya akan kelihatan sebutir bintang yang sederhana terang, iaitu Zuben Elakrab. Disebabkan bintang ini berada hampir dengan Bulan, jika anda membuat ramakan secara berturutan, contoh seminit sekali, anda akan dapat lihat Bulan bergerak secara perlahan-lahan ke arah timur relatif kepada bintang tersebut.

Berdasarkan kiraan kasar menerusi Sky Safari, saya dapati Bulan akan menghijab bintang ini pada sekitar jam 6.47 pagi dari Kuala Lumpur. Lokasi lain waktunya sedikit berbeza.

0102zc2223
Lokasi penghijaban Zubel Elakrab yang akan dapat dilihat. Sumber.

Pada hari ini juga planet Zuhal berada di posisi Superior Conjunction, iaitu berada di ‘belakang’ Matahari dari sudut pandangan kita dari Bumi. Maknanya planet ini tidak kelihatan di langit.

Screenshot 2018-12-31 at 1.06.39 PM
Kedudukan planet Zuhal di Superior Conjunction, yakni berada di sudut belakang Matahari jika dilihat dari Bumi. Simulasi Sky Safari 6 Pro

 


3 Jan 2019 (Khamis)

 

Pada Subuh hari ini, Bulan berada hampir dengan planet Musytari pula. Jarak sudut di antara kedua-dua objek ini ialah 5 darjah.

Menerusi pandangan di langit, Bulan berada di antara Musytari (di bawahnya) dan Zuhrah (di sebelah atas).

Screenshot 2018-12-31 at 1.09.22 PM
Kedudukan Bulan dan Musytari. Pandangan mata kasar dari Malaysia dan Asia Tenggara selepas Subuh 3 Jan 2019. Simulasi Sky Safari 6 Pro

4 Jan 2019 (Jumaat)

Bermula tengah malam hingga ke Subuh hari ini, meteor Quadrantids akan kelihatan dengan agak banyak. Menerusi laporan di IMO, waktu puncaknya ialah jam 10 pagi. Namun disebabkan ia siang di Malaysia, maka peluang terbaik kita ialah menjelang Subuh.

Screenshot 2018-12-31 at 1.11.24 PM
Titik muncul (radiant) meteor-meteor Quadrantids, berhampiran dengan buruj Biduk, di langit sebelah utara. Simulasi Sky Safaari 6 Pro

Bilangan meteornya tidak konsisten, sekitar antara 60-200 meteor sejam. Sehingga hari ini, para pengkaji meteor masih belum dapat mengagak bilangan yang sebenar akan muncul pada tahun-tahun tertentu.

Peluang terbaik kita ialah terus lakukan cerapan pada awal pagi tersebut.

 


5 Jan 2019 (Sabtu)

Pada lewat Subuh, sekitar 40-50 minit selepas azan Subuh, cuba perhatikan di kawasan rendah di ufuk timur. Jika cuaca terang dan tiada awan, kita mungkin berpeluang melihat Bulan sabit tua yang amat halus sedang melintasi hampir dengan planet Utarid.

Kenampakan ini mungkin agak mencabar. Anda perlukan kawasan ufuk timur yang tidak terhalang serta langit yang cantik.

Screenshot 2018-12-31 at 1.13.44 PM
Kedudukan Bulan dan Utarid, rendah di ufuk timur. Kelihatan sekitar 50 minit selepas Subuh apabila langit sudah semakin terang. Pandangan mata kasar dari Malaysia dan Asia Tenggara selepas Subuh 2 Jan 2019. Simulasi Sky Safari 6 Pro

6 Jan 2019 (Ahad)

Bulan akan memasuki fasa Bulan Baru (New Moon) pada jam 9:29 AM.  Menjelang Maghrib nanti, umur bulan ialah lebih kurang 9 jam 45 minit. Jika ada yang berminat untuk mencuba menjejaki hilal yang amat muda ini, bolehlah mencubanya pada hari ini.

Sementara itu, antara jam 7:34 am hingga 11:48 am, akan berlaku fenomena Gerhana Matahari Separa. Malangnya, kita di Asia Tenggara tidak dapat melihatnya. Bayang-bayang Bulan akan melintas di kawasan negara China, Rusia, Jepun, Korea dan sebahagian Lautan Pasifik.

Dijangka akan ada live strim yang akan dipancarkan nanti. Saya akan cuba maklumkan link terkini menerusi Twitter (dan FB) dari semasa ke semasa.

DwIOaJEWoAAOuZk
Kawasan lintasan bayang-bayang Bulan ketika Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku 6 Jan 2019. Sumber
Screenshot 2019-01-01 at 12.49.13 PM
Kawasan bayang-bayang bulan ketika gerhana matahari separa nanti tidak memasuki kawasan Asia Tenggara. Sumber.
0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments