Ringkasan 15 April 2020
Apa khabar komet ATLAS? Nampak gaya memang confirm komet ini sedang bercerai-berai. @VirtualTelescop telah melakukan cerapannya semalam dan hasil foto (bawah) ini jelas menunjukkan beberapa fragmen kecil di bahagian nukleus komet ini.
https://twitter.com/VirtualTelescop/status/1250189421254713354
Satu lagi siri gambar yang dirakam secara berturutan, menunjukkan pergerakan komet ini dalam masa 1 jam. (bawah)
https://twitter.com/Astroguyz/status/1249815249471131648
Data yang dikumpulkan (rajah bawah) di laman web Comet Observation Database (COBS) menunjukkan walaupun kecerahan komet ini sudah melepasi kemuncaknya pada awal bulan ini, tetapi ada sedikit trend menaik sejak beberapa hari lepas. Ini mungkin disebabkan fragmen yang pecah itu menghasilkan banyak wap air dan memantul kembali cahaya matahari ke Bumi.

Sementara itu di waktu Subuh, Komet C/2020 F8 (SWAN) pula semakin menyinar. Beberapa foto yang dirakam daripada balai cerap di hemisfera selatan menunjukkan kehadiran ekor yang cantik.
https://twitter.com/mizuho73700856/status/1249825328530219010?s=20
Komet ini berada rendah di ufuk selatan kita di Malaysia, dan menurut pengiraan saya menerusi Cartes du Ciel (rajah bawah), ia tidak akan melepasi 18 darjah (jika ia dicerap jam 6 pagi di KL).

Sementara di luar angkasa raya, di asteroid Bennu, prob angkasa OSIRIS-REx telah pun berjaya melakukan fasa checkpoint burn. Menurut apa yang saya faham, ia merupakan beberapa siri rutin ‘latihan’ untuk mempastikan semua peralatan berfungi baik sebelum prob ini mendarat di atas permukaan asteroid ini untuk mengambil sampel tanah.
https://twitter.com/OSIRISREx/status/1250199362732462080?s=20
Kembali ke Bumi, awal Subuh tadi, himpunan 4 buah objek terang, iaitu Bulan, Musytari, Zuhal dan Marikh telah berlaku. Ramai juga yang telah merakamnya. Di bawah ialah foto menarik oleh Emma Zulaiha di Sabah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214583563936958&set=a.1667761708047&type=3&theater
Dan ini pula oleh William Chin dari langit Klang.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157554955843655&set=a.10157497061673655&type=3&theater
Selamat mencerap semua!
Dapatkan berita Ringkasan Astronomi sebelum inidi sini.