Sebuah asteroid 2018 VP1, sekecil 2 meter akan lintas Bumi pada 2 Nov nanti.

Berita Penemuan Terkini

Kecoh sana sini mengenai sebuah asteroid yang mungkin akan ‘berlanggar’ dengan Bumi pada tarikh pemilihan presiden amarika pada 2 Nov nanti.

Asteroid bernama 2018 VP1 ini ialah sebuah asteroid kecil bersaiz lebih kurang 2 meter dan ditemui pada3 Nov 2018.

Simulasi di atas menunjukkan laluan asteroid 2018 VP1 ketika ia melintasi Bumi pada 2 Nov 2020 nanti. Harus diiingat walaupun garisan orbit ini mengikut skala, tetapi titik asteroid dan Bumi itu tidak mengikut skala. Ia jauh lebih kecil jika nak dilakukan demikian. Sumber.

Menurut pangkalan data asteroid di Center for Near Earth Object Studies (CNEOS), asteroid ini TIDAK DIMASUKKAN ke dalam senarai objek berpotensi berbahaya (potentially harzadous object) kerana saiznya yang kecil (2 meter)

Sesebuah objek dianggap berbahaya jika saiznya melebihi 140 meter.

Kiraan berdasarkan 21 kali cerapan yang berlangsung selama 12.9 hari menunjukkan laluan asteroid ini akan berlanggar dengan Bumi pada jarak , dan kebarangkalian ia berlanggar hanya 0.4% sahaja.

Penyelidik senior di Jet Propulsion Laboratory di Pasadena, Donal Yeomans, menyatakan lintasan objek-objek kecil sebegini sering berlaku dan andaikata ia memasuki atmosfera Bumi, saiznya yang kecil akan menyebabkan ia hancur terlebih dahulu di udara.

Jika ada yang perasan, pada 16 Ogos lepas, sebuah asteroid bersaiz kereta SUV, bernama 2020 QG, pun telah melintasi Bumi pada jarak yang dekat.

Kemunculan asteroid ini yang kebetulan bertepatan dengan tarikh pilihanraya presiden Amerika Syarikat menjadikannya topik ‘hangat’. Biasalah tu.

Kesimpulannya, sebuah asteroid kecil bersaiz 2 meter, akan melintasi Bumi pada 2 Nov ini pada jarak yang dekat, tetapi kebarangkalian ia akan berlanggar 0.4% sahaja.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Dapat save pic pda mlm 23 ogos x jelas bab pakai cam Phone… 2 cahaya biru n jingga.. Mcm 2 planet.. Dekat je jarak antara 2 cahaya tu.. Jarak dri bulan plak jauh.. X lana dpt tengok dlm sejam je pasti cuaca mendung n sikit hilang dri pandangan mata.. dpt send pic..