Ada ternampak beberapa artikel yang highlight kemunculan meteor malam ni (27 Jun 2022), ada juga yang bertanya, termasuk anak aku!
Al-kisah nya
- Sebuah juraian meteor bernama Bootids akan memuncak pada 9 PM 27 Jun 2022 (waktu Malaysia).
- Menurur sumber sahih meteor, International Meteor Organization (IMO), bilangan meteor Bootids (ZHR) yang akan muncul adalah ‘variable’ atau berubah-ubah antara 0 hingga 100 meteor sejam.
- Meteor ini berasal dari sebuah komet bernama 7P/Pons-Winnecke.
- Dalam rekod sejarah, pada tahun 1998 banyak yang muncul, iaitu ZHR=50 hingga 100+.
- Pada tahun 2004 meteor ni pun tiba-tiba banyak sekitar ZHR=20 hingga 50
- Tapi pada tahun 2010, jangkaan ia akan banyak TAK MENJADI KENYATAAN.. ada ciput sekitar ZHR=10 je.
- Sebelum tahun 1998, hanya ada 3 rekod kemungkinan yang meteor ni muncul dengan banyak, iaitu 1916,1921,1927.
- Kenapa ada macam selang 6 tahun?Sebabnyka meteor ni kan asalnya dari komet 7P. Komet ini mengorbit Matahari setiap 6.4 tahun.
- Setiap 6 tahun sekali, apabila komet ni lintas hampir dengan Bumi, ia akan meninggalkan banyak kotoran habuk dan debu. Tu yang dijangka lebih banyak meteor setiap 6 tahun, walaupun secara hakikatnya ia akan berulang setiap tahun.
- Kemunculan yang banyak pada tahun 1998 dan 2004 adalah disebabkan habuk debu yang keluar dari komet 7P ini dari orbitnya yang terdahulu.
- Orbit komet-komet akan ada berlaku sedikit perubahan dari semasa ke semasa. Tu sebab penghasilan meteor-meteor yang banyak dari sesesebuah komet tidak selalunya konsisten dari tahun ke tahun.
- Menurut KAJIAN dari PAKAR METEOR, tahun 2022 ini tidak dijangka berlaku kemunculan meteor yang mendadak seperti tahun 1998 dan 2004.
- Sebabnya ialah, tiada perubahan drastik yang berlaku pada komet 7P ini yang dicerap pada tahun-tahun sebelum ini.
- Walaupun begitu, IMO menggalakkan kita tengok kemunculan meteor-meteor Bootids ini, manalah tau ada sebarang ‘aktiviti’ yang aktif.
KESIMPULAN
- Meteor Bootids ini dijangka hanyalah juraian meteor yang sedikit saja penghasilan bilangan meteornya.
- Nak tunggu tengok boleh je, tapi jangan harap ia akan nampak banyak seperti meteor Geminids atau Perseids.
- Sebarang berita yang viral yang mengatakan akan ada banyak meteor berdesup-desup muncul nanti hendaklah dibaca dengan penuh hati-hati. click bait tu.
- Rujukan rasmi, utama dan paling reliable untuk meteor ialah International Meteor Organization.
- Jom cari pencerap langit yang berilmu!
RUJUKAN mengenai METEOR dan cara mencerap ada SINI.