Foto-foto menarik dari Artemis II
Artemis II telah menamatkan lintasan (fly-by) di sekeliling Bulan semalam, dan berdasarkan laporan dan berita yang banyak di internet, apa yang mereka lihat benar-benar menakjubkan.
Gerhana Matahari dari angkasa lepas.
Ketika kapal angkasa Orion yang membawa krew Artemis II bergerak di belakang Bulan, Matahari hilang selama 53 minit dan menghasilkan gerhana matahari penuh.
53 minit ini jauh melangkaui gerhana matahari terpanjang yang boleh dilihat dari Bumi (sekitar 7 minit). Kalau kita yang dah biasa tengok sendiri fenomena ini, 53 minit memang lama sangat!
(Atas: Kredit dari NASA
Tetapi apa yang lebih menakjubkan ialah laporan yang dibuat oleh angkasawan Victor Glover. Beliau berkata dapat apabila Matahari mula hilang disebalik Bulan, lapisan korona Matahari masih jelas dan besar. Ia membentuk seperti halo yang mengelilingi keseluruhan jasad Bulan.
Korona merupakan lapiran luar Matahari yang sangat besar tetapi amat susah untuk dilihat, kecuali ketika berlakunya Gerhana Matahari Penuh. Saya sendiri dapat menyaksikan 3 kali fenomena ini dan memang benar, kemunculan korona adalah antara momen yang amat dinanti-nantikan.
Bumi terbenam di sebalik ufuk Bulan.
Kita selalu lihat Matahari dan Bulan terbenam di ufuk barat dari Bumi, tapi kali ini kita dapat lihat giliran Bumi pula yang terbenam di sebalik ufuk Bulan.
(Atas: Kredit dari NASA
Foto yang digelar ‘Earthset’ ini menunjukkan Bumi di dalam fasa sabit, dan begitu juga Bulan. Cuma kali ini saiz Bulan lebih besar daripada Bumi!
Kalau kita perhatikan, ketika saat Artemis II melintas Bulan, Bulan berada di dalam fasa ‘waning gibbous’, iaitu melepasri beberada hari selepas fasa purnama. Jika di dalam fasa itu, kalau kita dari Bulan akan dalam lihat Bumi berada di dalam fasa sebaliknya, iaitu ‘waxing crescent’, iaitu sabit yang tebal.
Orientale Basin
Sebuah rupa bentuk ‘bulatan’ yang bernama Oriental Basin, merupakan satu bentuk yang amat besar (berdiameter 965km) yang juga dikenali sebagai ‘Grand Canyon of the moon’.
(Atas: Kredit dari NASA
Malangnya dari Bumi, ia berada di bahagian belakang Bulan dan tidak boleh dilihat dari Bumi. Unik kali ini ialah ia pertama kali dapat dilihat di dalam keadaan siang, iaitu Matahari sedang menyinari kawasan ini. Belum pernah mata manusia pernah dapat lihat dari sudut ini.
Foto full-disk bahagian depan dan belakang Bulan.
Sudut foto ini juga tidak dilihat dari Bumi. Di bahagian atas Bulan, ialah kawasan Bulan yang mengadap Bumi.
(Atas: Kredit dari NASA
Di bahagian bawah pula, ialah kawasan Bulan yang membelakangi Bumi (far side).
Oriental Basin jelas dapat dilihat dari sudut ini.
Kutub Selatan - Aitken Basin
Satu lagi kawasan yang dilihat dari dekat ialah di sekitar kutub selatan Bulan, kawasan yang dikenali sebagai Aitken Basic. Ia merupakan satu kawasan kawah kesan hentaman yang amat besar merentasi 2500km dari sisi ke sisi!
(Atas: Kredit dari NASA
Kawasan kutub selatan ini juga antara lokasi pilihan utama untuk misi akan datang. Dipercayai di celah-celah kawan yang tidak pernah disinari cahaya Matahari, masih ada ais yang wujud. Ais-ais ini penting kerana ia membolehkan penempatan manusia di Bulan, serta menjadi sumber tenaga untuk roket yang dibina di atas Bulan.
Masih banyak lagi gambar (katanya ada 50GB lagi yang sedang diproses) yang belum dikongsi. Kita tunggu dan lihat.