Keadaan komet 3I/ATLAS ketika perihelion hari tu.
Keadaan komet 3I/ATLAS ketika perihelion hari tu.
Laporan menarik dari Spaceweather.com hari ini.
Kapal-kapal angkasa yang sedang mengkaji Matahari telah menyaksikan peningkatan kecerahan yang tinggi sedang berlaku pada komet interstellar 3I/ATLAS.
Kejadian ini berlaku apabila komet ini bergerak kepada kedudukan paling hampir dengan Matahari (perihelion) pada 29 Oktober 2025 lepas. Mengapa komet ini meningkat kecerahan secara drastik, jauh dari kebiasaan daripada komet-komet lain yang datang dari awan Oort, masih belum dapat dipastikan.
Hasil penemuan di atas telah dibuat oleh Qicheng Zhang (Lowell Observatory) dan Karl battams (U.S. naval Research Laboratory) di dalam kertas kajian yang dihantar ke Astrophysical Journal Letters pada 28 Oktober lepas.
Kapal-kapal angkasa seperti STEREO-A, SOHO, GOES-19 telah berjaya meneruskan pemantauan terhadap komet ini, walaupun kita dari Bumi tidak dapat melihatnya kerana dilindungi oleh Matahari.
Menurut kajian Zhang dan Battams, terhadap data-data dari koronograf kapal-kapal angkasa tadi, kecerahan komet 3I/ATLAS ini bertambah dua kali ganda lebih pantas berbanding awal tahun ini. Antara sebabnya ialah mungkin lonjakan wap kemunculan banyaknya wap air dari teras komet ini.
Kesan wap air yang banyak ini dikesan oleh cerapan menerusi julat radio, yang mengesan jumlah gas OH yang banyak.
Kesannya ialah komet ini mungkin akan menjadi lebih cerah apabila ia muncul kembali di langit Bumi selepas ini, berbanding ketika ia mula hilang dari pandangan dan bergerak ke belakang Matahari beberapa hari lepas.
Selepas ini, kapal angkasa seperti JUICE berpeluang meninjau komet ini dari dekat bermula 2 November ini. Kita di Bumi akan berpeluang melihat sendiri komet ini lewat November hingga Disember nanti.
Menurut kertas kajian tadi, kecerahan komet ini bakal mencecah magnitud 9, mudah untuk dikesan menerusi teleskop kecil. Juga mudah untuk dirakam menerusi kamera, namun tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
InsyaALlah, saya akan sediakan artikel lengkap kedudukan komet 3I/ATLAS dari langit Malaysia dan Asia Tenggara menjelang hujung November nanti.
