Gerhana Matahari Cincin pada 17 Februari 2026
Pada 17 Februari 2026 jam 8:11 malam waktu Malaysia, akan berlaku fenomena Gerhana Matahari Cincin.
Fenomena ini akan berlaku di bahagian selatan Bumi. Fasa Cincin hanya dapat diihat dari benua Antartika, manakala negara seperti selatan Argentina dan Chile, serta Afrika Selatan akan dapat melihat Fasa Separa sahaja.
Gerhana ini tidak dapat dilihat di Malaysia.
Rajah di bawah menunjukkan kawasan sempadan di mana jasad Bulan dapat dilihat bergerak di hadapan Matahari. (Sumber Fred Espanak)

Gerhana Matahari Cincin ini berlaku apabila saiz Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding dengan Matahari. Maka, kita masih dapat lihat sebahagian daripada Matahari walaupun ketika itu Bulan berada tepat di tengah-tengah.
Kali terakhir Malaysia dapat lihat fenomena Gerhana Matahari Cincin ialah pada 26 Disember 2019. Gerhana Cincin seterusnya yang dapat dlihat di Malaysia ialah pada 21 Mei 2031 nanti, tak lama lagi tu.. 5 tahun lagi.
Rujuk artikel Falak Online ini https://falakonline.net/semesta/fenomena/rujukan/takwim-lengkap-23-tahun-gerhana-matahari-yang-akan-dapat-dilihat-dari-malaysia-2019-2042/#21-mei-2031
Foto di bawah ialah momen fasa Gerhana Matahari Cincin maksimum yang saya rakam dari Oman pada tahun 2019, yang telah dipaparkan di laman web Spaceweather.com

Animasi di bawah dijana oleh Micheak Zeller dan Fred Espanak, menunjukkan pergerakan bayang-bayang Bulan yang merentasi benua dan negara-negara di atas.

Fenomena ini akan disusuli pula dengan Gerhana Bulan Penuh yang akan berlaku pada 3 Mac 2026. Yang ini kita dapat lihat di Malaysia.
Wallahua’lam.