less than 1 minute read

Hitungan Anak Bulan Sya’ban 1447H

Berikut merupakan kedudukan Bulan pada petang 19 Januari 2026, bersamaan 29 Rejab 1447H.

Berdasarkan hitungan yang saya lakukan menggunakan librari python (pyephem dan skyfield), pada waktu Maghrib dari lokasi Balai Cerap Negeri Sembilan di Telok Kemang.

Parameter Value
Sunset Time (Local) 2026-01-19 19:23:27
Moon Altitude 6.1444°
Moon Azimuth 248.2467°
Sun Azimuth 249.7413°
Moon Age 0.6469 days (15.53 hours)
Elongation 7.0614°
Illumination 0.48%

Berdasarkan syarat Imkanur Rukyah, kedua-dua syarat wajib (Altitud Bulan dan Elongasi Bulan ke Matahari) telah dipenuhi. Maka Hilal Sya’ban cukup syarat pada petang tersebut.

Ini adalah hitungan tidak rasmi.

Planet disekitar ufuk anak bulan

Planet Zuhrah berada di antara kedudukan Matahari terbenam dan Bulan, ketika waktu Maghrib. Jika langit cerah tanpa awan, planet ini boleh kelihatan seperti sebutir ‘bintang’ yang terang tetapi rendah di ufuk (horizon)

Posisi sabit Bulan

Disebabkan perbezaan azimut Bulan dan Matahari agak kecil, lebih kurang 1.5 darjah sahaja, maka bentuk sabit Bulan hampir-hampir seperti huruh ‘ba’, tetapi senget sedikit ke kiri.

Selamat mencerap