Dah nak sampai dah! Rosetta ke Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko

Berita Misi Angkasa Sistem Solar

Misi angkasa Rosetta akan sampai ke Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko lebih kurang 2 minggu sahaja lagi!

Begitu cepat masa berlalu, dan akhirnya penantian yang begitu lama sudah mula menjelma di hadapan mata.

Bayangkanlah, pada bulan Januari lepas, semua berdebar-debar menanti kapal angkasa Rosetta ini bangun dari tidurnya!

Lebih kurang 2 bulan lepas, Rosetta sudah mula dapat melihat bagaimana Komet 67P ini mula mengeluarkan gas dan membentuk ekor.

Namun kini, foto terbaru terhadap Komet 67P ini amat menarik! Apa tidaknya, bentuk nukleus komet ini agak pelik, seolah-olah 2 jasad bercantum. Cuba lihat foto di bawah!

Nukleus Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko, kelihatan seperti berkembar. Kredit: ESA/Rosetta/MPS untuk OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA

 

Emily Lakdawalla daripada Planetary Society menyatakan nukleus komet ini bersaiz 3.5km X 4 km dan ia berputar atas paksi pada kadar 12.4 jam.

Paling melucukan ialah kebanyakan ahli saintis menggelarkan bentuk komet ini seperti patung mainan itik (rubber ducky), kerana kedua-duanya begitu mirip sama antara satu sama lain.  

Sekurang-kurangnya kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat bentuk sebenar Komet 67P dari jarak dekat.

2 minggu lagi, tak lama lagi tu!

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments