Selepas menghantar foto pertama permukaan asteroid Ryugu hari tu, peminat astronomi dunia tertunggu-tunggu juga samada ada lagi foto-foto unik dan menarik bakal dimuat-turun dari perayau Rover-1A dan Rover-1B.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya muncul juga. Dan apa yang dikongsi menerusi media sosial beberapa hari lepas memang …sungguh.. menakjubkan!
Tak payah sembang panjang-panjang, jom tengok terus foto-foto di bawah…

Gambar 1 di atas, bila sekali imbas tengok seperti dalam akuarium ikan la pulak! 😀
Apa pun, ia merupakan gambar yang dirakam oleh Rover-1B, beberapa ketika sebelum ia mahu memulakan pergerakan dan terloncat ke atas. Ini merupakan pandangan permukaan dari jarak dekat!

Gambar 2 di atas ini pula dirakam oleh Rover 1-B beberapa saat sebelum ia ‘jatuh’ kembali di atas permukaan. Setakat yang dapat kita lihat, kawasan di mana Rover-1B ini berada mempunyai ciri permukaan yang hampir sama.

Gambar 3 di atas kelihatan seperti sebuah batu yang besar yang terpisah daripada permukaan ‘tanah’ Ryugu. Kita kena ingat, Ryugu ini merupakan sebuah asteroid kecil yang mempunyai daya graviti yang amat lemah.
Itulah antara sebab mengapa bentuknya tidak sfera.
Rover-1B succeeded in shooting a movie on Ryugu’s surface! The movie has 15 frames captured on September 23, 2018 from 10:34 – 11:48 JST. Enjoy ‘standing’ on the surface of this asteroid! [6/6] pic.twitter.com/57avmjvdVa
— HAYABUSA2@JAXA (@haya2e_jaxa) September 27, 2018
Tweet di atas pula menunjukkan sebuah video time-lapse yang dibina dari 15 buah set gambar yang dirakam dari jam 10:34 hingga 11:48 JST, pada 23 Sep 2018 haritu!
Pergerakan Matahari merentasi langit di Ryugu amat laju kerana asteroid ini berputar di atas paksinya selama 7 jam 38 minit sahaja. Laju la tu, berbanding kita ~24 jam.
Ada seorang ni, dia lakukan interpolasi terhadap gambar asal, dan menghasilkan pergerakan matahari yang lebih ‘licin’ (Lihat tweet di bawah)
Dari video di atas ini, kita boleh gambarkan keadaan permukaan Ryugu yang sungguh menggerutu dan tiada kawasan yang rata.

Gambar 4 di atas adalah yang terkini. Ia baru sahaja dipaparkan di laman web rasmi Hayabusa2 semalam (27 Sep 2018).
Ini merupakan gambar ber-resolusi tinggi, malah paling tinggi yang pernah dirakam oleh mana-mana prob dari Bumi, terhadap jasad jenis asteroid!
Ia dirakam oleh MINERVA-II1 ketika dalam perjalanan ke permukaan asteroid ini, menerusi sebuah kamera bernama ONC-T (Optical Navigation Camera – Telescopic). Ia diambil pada 21 Sep 2018, jam 13:04 JST.
Saya sungguh teruja apabila memikirkan ini baru sahaja masuk 2-3 hari penerokaan di asteroid Ryugu. Apa lagi penemuan baru yang bakal ditemui nanti? Kita tunggu dan lihat.
Sumber berita dan gambar adalah dari laman web utama Projek Hayabusa2