Ringkasan dunia Astronomi #1

Berita Umum

Sedikit ringkas berita Astronomi sana sini. Disebabkan banyak betul berita baru yang berlaku sana sini, kadang-kala saya tak sempat nak menulis panjang. Maka itu, saya cuba usahakan sisipan ringkas seperti artikel ini bagi anda yang dahagakan maklumat. InsyaAllah ada masa, saya cuba huraikan lebih panjang.


Tamatlah riwayat Opportunity.

pia20328-main_sol4323-hcam-rotated.jpg

Robot perayau Opportunity yang menerokai planet Marikh selama 15 tahun telah pun secara rasmi ditamatkan misinya. Setelah para jurutera pengendali di Jet Propulsion Laboratory (JPL) cuba menghubunginya selama 8 bulan (kali terkahir isyarat diterima dari robot ini ialah 10 Jun 2018), tetapi tidak mendapat sebarang respon, akhirnya NASA menamatkan secara rasmi pada 13 Feb 2019 lepas.


Progres Large Synoptic Survey Telescope (LSST)

52432343_2409905469028973_2983693989321900032_n.jpg

Kawasan salutan cermin teleskop bagi LSST sedang dipersiapkan. Ini akan menjadi lokasi di mana segmen-segmen cermin teleskop LSST akan diselenggara. Bagi yang tak pernah dengar mengenai teleskop ini, LSST ialah sebuah projek mega yang akan merakam keseluruhan langit setiap 3 malam, selama 10 tahun! Data-data yang dirakam itu nanti akan dikongsikan dengan pengkaji, peminat astronomi seluruh dunia. Dijangkakan banyak rahsia baru akan terbongkar dalam usaha kita memahami sifat-sifat alam semesta.


Sirius bakal ‘kenyit mata’ hari ini.

SiriusinCanisMajor.jpg

Bintang Sirius, bintang tercerah di langit bakal ‘kenyit mata’ sekejap. Dijangkakan sebuah asteroid kecil bernama 4388 Jurgenstock, akan bergerak melintasi di hadapan bintang ini selama beberapa saat, pada jam 1.30 pm 19 Feb 2019 waktu Malaysia. Malangnya, kita di sini tak dapat melihatnya. Kawasan lintasan ini akan berlaku di Argentina, Chile, Panama dan Caribbean. Fenomena ini dikenali sebagai occultation atau penghijaban. Ia umpama ‘gerhana matahari’, tetapi dalam kes ini bintang Sirius ialah ‘matahari’ dan asteroid itu ialah ‘bulan’. Kita nantikan hasil rakaman yang dibuat oleh pencerap astronomi di sana.


Hubble intip Galaksi Whirpool

021819_m51

Peminat astrofotografi sering merakam sebuah galaksi bernama Galaksi Whirpool (M51) yang terletak berhampiran dengan buruj Biduk. Galaksi ini cukup cantik kerana kita melihat tepat dari ‘atas’. Maknanya kita dapat lihat keindahan pusarannya secara jelas. Baru-baru ini Teleskop Hubble merakam galaksi ini dan gambarnya sungguh ohsem! Jelas dapat kita lihat berbilion bintang sehingga ke pusat galaksi. Ratusan gugusan-gugusan bintang serta kawasan nebula di mana bintang-bintang baru yang sedang terbentuk! MasyaAllah!


Applikasi Sky Safari 6 tengah ada diskaun!

Screenshot 2019-02-19 at 9.18.10 AM.jpg

Sebagai pengguna tegar Sky Safari, saya amat syorkan anda membeli aplikasi ini. Ada beberapa versi yang dikeluarkan, termasuk yang percuma ialah SkySafari 6 AR (dulunya berbayar tetapi sekarang percuma). Ia adalah di antara aplikasi astronomi yang paling lengkap dan jauh lebih praktikal penggunaannya, berbanding aplikasi lain seperti  Google Sky Map. Harga untuk versi iOS dan Android sekarang ialah $7.99 sahaja.. jauh lebih murah berbanding bil telefon kita! Kalau ada bajet lebih, terus beli versi Pro.


Singgah sebentar di Balai Cerap Al-Khawrizmi Melaka.

51200805_3026528260706691_5254528917674393600_o.jpg

Jika berada di Tanjung Bidara, apa kata kita singgah sebentar di Balai Cerap Al-Khawarizmi Melaka. Ia merupakan di antara balai cerap yang mempunyai fasiliti yang amat lengkap untuk kita buat aktiviti falak di sana. Bertemankan angin Selat Melaka sepoi-sepoi bahasa, menara balaicerap di sana membolehkan kita berpeluang melihat keindahan kebesaran Ilahi dengan memerhatikan perubahan siang malam, pergerakan naik turun matahari dan kalau rajin boleh ukur kelengkungan Bumi menggunakan formula Al-Biruni! Saya sendiri seringkali ke sana untuk aktiviti awam dan bengkel. Jika ada yang berminat boleh kita organize satu workshop khas untuk belajar pergerakan alam semesta. Amacam? Pape roger.


Mars One Bankrupt!

mars_gallery_habitat_8-re.png

Syariat swasta yang mempromosikan misi ke planet Marikh menggunakan konsep crowsourcing akhirnya diisytihar bankrupt! Dilancarkan pada tahun 20102 oleh Bas Lansdorp, konsep awalnya cukup menarik perhatian samai orang. Ribuan orang telah mendaftar diri di dalam misi ‘satu hala’ ini, walaupun ramai juga yang agak curiga dan mengatakan ini semua adalah scam. Tak pe la…dah bankrupt dah pun!


Tapi kalau nak pergi Marikh jugak, sila sediakan US$100,000..

Itulah kata Elon Musk. Menurut tweet beliau, berdasarkan volum permintaan, kos pergi balik ke planet Marikh mungkin sekitar $500K sdan boleh diturunkan $100K sahaja!

Ada sesiapa berani? 🙂


 

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments