Kapsul sampel Hayabusa2 selamat sampai! phewww…!

Berita Misi Angkasa
Itu bukan meteor, itu ialah Fireball Hayabusa2!! Foto kredit Collection Team M

Sampai dah! Kapsul Hayabusa2 yang membawa sampel asteroid Ryugu telah selamat mendarat di Woomera, Australia sekitar tengah malam tadi!

Ini merupakan kali kedua dalam sejarah manusia, kita telah membawa balik sampel dari sebuah asteroid. Kali terkahir ialah misi dari Jepun juga, iaitu Hayabusa yang berjaya mengambil sampel dari sebuah asteroid bernama Itokawa pada tahun 2010.

Keunikan misi ini ialah ini adalah kali pertama sampel dari BAWAH PERMUKAAN asteroid yang berjaya dibawa pulang ke Bumi.

Akaun rasmi twitter Hayabusa2 sibuk dengan ciapan status proses pendaratan kapsul tersebut.

Balai Cerap National Astronomical Observatory of Japan (NAOJI) telah merakam prob Hayabusa2 dan kapsul yang dilepaskannya menerusi teleskop bersaiz 50cm.

Balai Cerap NIshi-Harima Observatory juga telah berjaya mengesan dan merakam kapsul itu.

Pendaratan dijangka akan berlaku dalam julat masa 10 minit, antara jam 2:47 hingga 2:57 waktu Jepun. Mengkagumkan apabila mereka dapat mengira dengan begitu tepat sekali!

Isyarat dari kapsul hilang sementara waktu kerana kedudukan kapsul itu berada amat hampir dengan bumi dan terlindung dari sasaran antena komunikasi.

Namun, semua di bilik kawalan berasa lega apabila isyarat mula dikesan kembali dari stesyen Goldstone pada jam 3:15 JST!

2 minit selepas penerimaan isyarat itu, helikopter diterbangkan ke lokasi carian.

Akhirnya, pada jam 4:47 JST, kapsul tersebut telah berjaya dijumpai di lokasi yang dirancangkan! Wow! Tahniah!

Berikut merupakan antara foto awal dari Australia, yang menunjukkan momen kapsul tersebut masuk ke dalam atmosfera Bumi seperti sebuah meteor!

Foto di atas dirakam berhampiran Coober Pedy, Australia.

Kumpulan pengumpul Team M merakam fireball yang terhasil dari lokasi!

Angkasawan Jepun di ISS, Soichi Noguchi melaporkan beliau telah dapat melihat lintasan kapsul tersebut dengan jelas!

Sila lihat video rakaman dari ISS di atas, Agak kurang jelas tetapi masih boleh dilihat. Skrol ke 13m 27s.

Akhirnya pada jam 7:32 JST, misi pencarian dan pengumpulan kapsul telah berjaya dan tamat!

Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada foto aktiviti pencarian yang dikongsi. Nak tengok juga bagaimana rupa paras kapsul itu setelah menyala-nyala apabila ia masuk dalam atmosfera Bumi tu!

Apa pun tahniah kepada JAXA. Saya pun agak risau takut-takut kapsul ini tidak berjaya mendarat dengan selamat, tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Follow twitter saya dan falakonline untuk berita terkini misi Hayabusa2 ini.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments