Runtuh juga akhirnya, Arecibo!

Berita Umum

TERKINI 4 DIS 2020: Pagi ini dapat maklumat terbaru mengenai kejadian di Arecibo. Sebuah video kamera cctv dan dron yang berada berhampiran dengan balai cerap ini menunjukkan saat-saat putusnya kabel dan jatuhnya perkakasan yang digantung di tengah-tengah cakera Arecibo.

Sungguh mengerikan. Tengok kabel-kabel tu putus pun cukup mengerikan. Begitu banyak tenaga keupayaan yang terkumpul dan dilepaskan dalam sekelip mata!

Mujur tidak ada sesiapa yang berada berhampiran… memang tak sempat nak lari ke mana-mana pun!


ARTIKEL ASAL:

Malam semalam (1 Disember 2020) menerusi twitter, begitu banyak posting yang mengenai Balai Cerap Arecibo yang akhirnya telah runtuh.

Menurut tweet dari National Science Foundation, badan yang memberi dana kajian di balai cerap ini, pelantar peralatan telah runtuh dan jatuh ke atas cakera di bahagian bawah.

Gambar awal (bawah) daripada kawasan kejadian jelas menunjukkan ‘hilangnya’ pelantar seberat 900 tan yang sepatutnya berada tergantung di atas cakera bersaiz 1000 kaki itu. Tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut NFS lagi, teleskop ini runtuh sekitar jam 11:55 GMT hari Selasa, bersamaan 7:55 petang waktu Malaysia semalam. Siasatan awal menunjukkan bahagian atas menara yang memegang peralatan seberat 900 tan itu telah patah!

Menurut Jonathan Friedman, yang tinggal berdekatan dengan balai cerap ini dan juga telah bertugas sebagai rakan penyelidik kanan selama 26 tahun di sini, “ia bunyi seperti guruh. Apabila saya dengar bunyi tersebut, saya dah dapat agak apa yang telah berlaku!”

Foto: Getty Images

Video dari dron di bawah menunjukkan dengan jelas sejauh mana kerosakan yang telah berlaku ke atas cakera gergasi Arecibo ini

Tweet di bawah menunjukkan gambar dari sebuah kapal terbang.

Foto oleh Ricardo Arduengo / AFP via Getty Images

Banyak tweet daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan balai cerap ini mula membanjiri timeline twitter pagi ini.

Ada petisyen yang inginkan balai cerap ini diperbaiki dan dibangunkan semula. Namun tiada siapa tahu apakah perancangan NFS selepas kejadian ini.

Apa pun dengan rosaknya Balai Cerap Arecibo ini, dunia kini terpaksa bergantung kepada sebuah lagi Teleskop Radio gergasi, FAST, kepunyaan negara China.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments