Pada hari ini, 29 Ogos 2014, planet ke-8 dalam sistem suria kita, iaitu Neptune, akan berada di kedudukan yang paling sebagai istqibal atau opposisi.
Maksud istiqbal/opposisi ini ialah ia akan berada bersetentang dengan kedudukan matahari di langit. Maknanya, apabila matahari terbenam di barat, ia akan terbit di timur.
Dalam erti kata lain, Neptune akan dapat dilihat sepanjang malam , dari maghrib hinggalah ke waktu syuruk (matahari terbit).
Cuma..
Planet ini kelam dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Neptune akan bersinar pada magnitud 7.6 , jauh di bawah keupayaan mata untuk melihat. Namun, jika anda mempunyai binokular, atau lebih baik lagi teleskop, ia boleh dijejaki dengan agak mudah.
Kedudukan
Ia sekarang berada dalam kawasan buruj Aquarius di langit sebelah timur sekitar wakltu Isya’. Malangnya, kawasan ini tidak mempunyai bintang-bintang yang cerah, jadi agak sukar untuk mencari penanda arah yang sesuai.

Di bawah merupakan kawasan persekitaran Neptune menerusi pandangan Binokular.

Jelas di sini kita boleh lihat, tiada bintang-bintang cerah yang boleh membantu mencarinya.
Cara paling senang nak cari
Bagi anda yang baru sahaj mahu berkenalan dengan langit, dan belum kenal buruj-buruj atau masih terkial-kial mencari bintang di langit, saya boleh katakan agak hampir mustahil untuk menjejaki Neptune.
Cara yang terbaik, ialah pergilah cari rakan-rakan yang mempunyai teleskop berkomputer, dan minta tolong tunjukkan planet tersebut. Tapi kena ingat, pastikan kawan kita tu tahu nak guna teleskop berkomputer!
Sila rujuk sini Teleskop berkomputer, kenapa susah sangat nak guna?
Apa yang mungkin dapat dilihat?
Saya melakukan simulasi di bawah menggunakan Sky Safari. Ia merupakan keadaan planet Neptune, jika kita menggunakan kuasa pembesaran 400x!!!!

Memang susah nak lihat planet ini secantik dan sebesar Zuhrah, Zuhal atau Musytari, kerana walaupun saiz planet ini 3.8 kali LEBIH BESAR daripada Bumi, tetapi ia terletak amat jauh iaitu pada jarak 4.3 billion kilometres !

Kalau nak bayang betapa jauhnya Neptune ini, andai kata kita naik kapalterbang yang bergerak selaju 800km/sejam, kita akan mengambil masa selama 613 TAHUN untuk sampai ke sana!
Di sebabkan ia JAUH dari Bumi, maka ia kelihatan amat kecil di langit. Jika dibandingkan dengan Bulan, Neptune akan kelihatan 300 kali LEBIH KECIL daripada Bulan!
Selamat mencuba! 🙂