Di manakah Komet C/2020 F8 SWAN sekarang?

Fenomena Highlights Meteor, Komet dan Asteroid

Sekarang ni, peminat astronomi dunia sedang ligat mencerap Komet C/2020 F8 (SWAN). Bermula ketika komet ini melungsuri langit sebelah selatan, kini ia mula bergerak ke sebelah utara.

Menjawab soalan yang ditanya di FB FalakOnline , barulah saya sedar bahawa saya tak menulis apa-apa panduan mencerap komet ini! Hari tu dok fokus sangat ke asteroid 1998 O2!

Minta maaf banyak-banyak.

Oleh itu, di bawah ialah panduan lengkap mencari komet ini.

Adakah ia boleh dilihat dengan mata kasar?

Berdasarkan paras kecerahan yang dilaporkan oleh Comet Observation Database (COBS), ketika artikel ini ditulis, ia bersinar pada magnitud 5.5. Secara amnya, ia boleh dilihat dengan mata kasar dari kawasan yang gelap dan tiada gangguan cahaya.

Plot graf kecerahan Komet SWAN dari COBS.

Dari kawasan bandar, ia amat susah dilihat. Tetapi jika ada binokular, ia BOLEH DILIHAT DENGAN MUDAH! Teleskop lagi OK. Namun, saya lebih syorkan guna binokular supaya mudah untuk mencarinya.

Bila dan di mana ia boleh dilihat?

Komet SWAN kini bergerak seolah-olah mendatar dari hari ke hari, menuju ke ufuk utara. Sekarang ia berada di ufuk timur.

Malangnya, ia terbit agak lewat, sekitar 1 jam sebelum azan Subuh, iaitu sekitar jam 4.50 pagi (atau 3.50 pagi di Sabah).

Berdasarkan pemerhatian saya, sekitar 30 minit sebelum Subuh, ia berada 10 darjah di atas ufuk timur.. cukup tinggi dan selesa kalau kita nak tengok atau merakam gambarnya.

Di bawah ialah peta kedudukan komet ini (dalam sela masa 1 minggu) berdasarkan pandangan mata kasar kita.

6 hingga 11 Mei 2020, 6:00 am (5 pagi Sabah). Klik imej untuk lebih jelas.
12 hingga 17 Mei 2020, 6:30 am (5:30 pagi Sabah). Klik imej untuk lebih jelas.

Agak mencabar dalam masa 10 hari mendatang kerana Komet SWAN akan bergerak menghampiri Matahari.

Dari sudut pandangan kita, ia kelihatan makin rendah setiap hari.

Saya galakkan anda gunakan aplikasi Stellarium di dalam PC untuk menjanakan kedudukan seperti di atas. Panduan cara untuk menambahkan Komet C/2020 F8 (SWAN) di dalam paparan Stellarium boleh dilihat di dalam pos FB saya di bawah.

(Selain itu jika anda menggunakan SkySafari, sila update minor body orbit data pada setting solar system)

Jika anda mahukan kordinat terkini Right Ascension dan Declination untuk dimasukkan ke dalam teleskop GoTo, saya senaraikan kordinatnya di bawah untuk 20 hari mendatang ini.

Date and Time,RA (J2000),Dec (J2000)
2020-05-06 06:00:00,0h26m23.8s,-5°27'27.0"
2020-05-07 06:00:00,0h33m28.3s,-2°29'22.7"
2020-05-08 06:00:00,0h41m04.7s,+0°40'33.3"
2020-05-09 06:00:00,0h49m15.3s,+4°01'29.7"
2020-05-10 06:00:00,0h58m02.6s,+7°31'55.1"
2020-05-11 06:00:00,1h07m28.4s,+11°09'33.5"
2020-05-12 06:00:00,1h17m34.4s,+14°51'24.9"
2020-05-13 06:00:00,1h28m21.2s,+18°33'52.1"
2020-05-14 06:00:00,1h39m48.5s,+22°12'53.8"
2020-05-15 06:00:00,1h51m54.8s,+25°44'22.3"
2020-05-16 06:00:00,2h04m36.8s,+29°04'24.3"
2020-05-17 06:00:00,2h17m49.5s,+32°09'38.8"
2020-05-18 06:00:00,2h31m26.1s,+34°57'30.6"

Bagaimana rupa Komet SWAN ini?

Langit Malaysia agak kurang konsisten sejak seminggu dua ini. Bersama dengan rakan-rakan pencerap di Sabah, seolah-olah awan muncul bergilir-gilir, sekejap langit cantik di Sabah, kemudian cantik pula di KL, kemudian di pantai timur ok pulak!

Di bawah saya kongsikan beberapa foto menarik dari Sabah.

https://twitter.com/mchorror/status/1256476484635463680/photo/1

Cerapan oleh guru Falak kita, Prof Madya Dr. Baharrudin Zainal, di Terengganu.

Di bawah dari Kuala Kubu Baru

Saya sendiri dapatlah beberapa keping gambar Komet SWAN dari langit Kuala Lumpur. Agak susah untuk lihat lebih jelas disebabkan langit di sini tidaklah segelap di KKB dan juga Sabah.

Foto-foto saya di bawah ini juga boleh dicapai di wall FB saya. Cuma dalam FB gambar tu jadi pecah-pecah. Saya syorkan tengok menerusi link twitter ini atau link ke flickr.

Tetapi jika nak tengok betul-betul rupa bentuk sebenar komet ini, cubalah lihat foto oleh otai astrofotografer komet, Damian Peach di bawah!!! Aduhhh…. masyaAllah cantik sungguh!

Ok selamat menjejaki Komet SWAN!

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments