Gerhana Bulan Separa paling gelap sejak 165 tahun, tapi…

Fenomena Gerhana, Transit & Penghijaban

Sekali lagi sebahagian daripada Malaysia dan Asia Tenggara akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa pada waktu Maghrib 19 November 2021 nanti.

Jika anda masih ingat pada bulan Mei lepas rakan2 di Sabah telah menyaksikan Bulan Gerhana Penuh yang sedang terbit ketika waktu Maghrib.

Kali ini ia sedikit berbeza. 

Fenomena yang berlaku ialah Gerhana Bulan Separa, tetapi hampir keseluruhan Bulan bergerak di dalam kawasan bayang-bayang umbra, menjadikan gerhana separa kali ini agak ‘pekat’ tone gelapnya di bahagian piring atas Bulan.

Ada yang menggelarkan gerhana kali ini, “Almost” Total Lunar Eclipse!

Menurut kiraan Fred Espanak, skala magnitud umbra gerhana kali ini ialah sekitar 97%. Ini bermaksud 97% daripada piring Bulan ditutupi bayang-bayang umbra.

Sebagai perbandingan, jika nilai magnitud ini 1, ia bermaksud keseluruhan piring Bulan berada di dalam bayang2 umbra.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan yang berada di dalam fasa Bulan Penuh berada di dalam garisan orbit yang bersilang dengan garisan ekliptik. Bayang-bayang Bumi sentiasa berada di atas garisan ekliptik ini dan jika Bulan masuk ke dalam bayang-bayang ini, maka gerhana boleh berlaku.

Berikut merupakan waktu fasa-fasa utama gerhana ini.

FasaWaktu Malaysia
(GMT+8)
Penumbral Begins
Bulan memasuki bayang-bayang penumbra (P1)
2:03 PM
Bulan memasuki bayang-bayang umbra (U1)3:19 PM
Kemuncak Fasa Gerhana Penuh SEPARA5:04 PM
Bulan keluar dari kawasan bayang-bayang umbra. (U4)6:48 PM
Bulan keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra (P4)8:04 PM

Berdasarkan waktu-waktu fasa gerhana di atas, jelaslah bahawa sekali lagi kita di Malaysia akan ‘terlepas peluang’ untuk menyaksikan fasa kemuncak gerhana bulan ini.

Secara amnya, bagi rakan pencerap di Sabah dan Sarawak masih berpeluang melihat sebahagian daripada gerhana ini, di dalam fasa ‘separa’. Sebahagian Bulan telah pun keluar dari kawasan bayang-bayang umbra.

Sebahagian besar Bulan masih berada di dalam umbra ketika terbit di Kota Kinabalu, Sabah. (Simulasi SkySafari)
Sebahagian kecil Bulan masih berada di dalam umbra ketika terbit di Kuching, Sarawak. (Simulasi SkySafari)
Bulan sudah pun berada di luar kawasan umbra dan berada di dalam bayangan penumbra ketika terbit di Kuala Lumpur dan Semenanjung Malaysia. (Simulasi SkySafari)

Beberapa fakta menarik mengenai gerhana kali ini.

  1. Ini adalah gerhana separa ‘paling dalam’ atau ‘hampir penuh’, sejak 13 Oktober 1856 di mana ketika itu 99.6% Bulan ditutupi bayang-bayang umbra.
  2. Gerhana separa yang ‘hampir penuh’ seterusnya akan berlaku pada 20 November 2086 (98.65%)
  3. Gerhana ini adalah yang gerhana separa paling panjang untuk abad ke-21, yang mana ia mengambil masa 3 jam 28 minit 23 saat.
  4. Gerhana separa paling panjang/lama sebelum ini ialah selama 3 jam 28 minit 46 saat, yang berlaku pada 18 Februari 1440.
  5. Gerhana separa paling panjang/lama selepas ini ialah selama 3 jam 30 minit 2 saat, yang akan berlaku pada 8 Februari 2669.

Secara amnya, kita di Malaysia dan Asia Tenggara akan terlepas menyaksikan momen kemuncak gerhana ini, kerana pada waktu itu Bulan masih belum terbit.

Kita hanya akan dapat melihat sebahagian sahaja daripada permukaan Bulan itu masih gelap. Warna kemerahan yang dijangka akan dapat dilihat pada momen kemuncak itu, tidak mungkin dapat diihat oleh kita menerusi mata kasar.

Namun, jika anda merakamnya menerusi kamera dan tetapkan kepada waktu dedahan yang panjang, ia masih boleh dapat rakam warna kemerahan ini.

Mungkin jika kita dapat lihat momen kemuncak gerhana, kita akan dapat lihat situasi sama seperti di atas. @shahgazer

Bagi yang berada di Semenanjung, Bulan akan kelihatan terbit seperti sedia kala, seolah-olah tiada gerhana yang berlaku. Ini adalah kerana bayang-bayang penumbra tidak gelap dan amat susah untuk kita lihat kesannya dengan mata kasar.

Seperti biasa, jangan lupa menggelintar saluran youtube seperti The Virtual Telescope Project oleh Gianluca Masi, yang mana akan melakukan siaran live dari lokasi beliau.

Jom Teropong!

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments