Rosetta menemui ais di permukaan Komet 67P

Berita Misi Angkasa Penemuan Terkini

Kita beralih tumpuan sekejap kepada penemuan ter-hot oleh peninjau Rosetta yang kini sedang mengendap  Comet 67P/Churyumov-Gerasimenko dari jarak dekat.

Mereka telah menjumpai ais air (water ice) di permukaan komet 67P tersebut!

Menurut laporan kajian yang dipaparkan menerusi jurnal Astronomy & Astrophysics, ahli astronomi sedang mengenalpasti tompokan-tompokan cerah yang kelihatan melekat pada beberapa buah batu.

Foto dibawah menunjukkan tompokan-tompokan tersebut yang kelihatan jauh lebih ‘terang’ berbanding kawasan permukaan batu disekitarnya.

Icy_clusters_and_individual_boulders_node_full_image_2
Gugusan ais di kawasan berbatu-batan. Copyright ESA/Rosetta/MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA

Terdapat 120 kawasan di permukaan komet ini, yang kelihatan seperti di atas, menerusi rakaman yang dibuat oleh kamera OSIRIS pada bulan September lepas.

Kebanyakkan tompokan ais ini kelihatan terdedah akibat debu dan tanah di atas permukaan kawasan itu teralih akibat hakisan atau runtuhan tebing yang tinggi.

Ada juga yang kelihatan ‘bersendirian’ di kawasan yang asing, mungkin disebabkan ais tersebut pernah ‘teralih’ ketika komet ini sedang aktif menghamburkan segala macam isi perutnya sebelum ini, dan lalu ais ini terhumban ke kawasan lain.

Foto warna di kawasan sekitar tompokan ais.  Copyright ESA/Rosetta/MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA
Foto warna di kawasan sekitar tompokan ais. Copyright ESA/Rosetta/MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA

Menarik lagi menerusi laporan ini, ais yang membentuk tompokan putih ini semuanya berada di kawasan yang menerima cahaya matahari yang paling minima, seperti di celah-celah bukit.

Bagaimana saintis tahu tompokan itu ialah air dan bukannya terdiri daripada gas-gas lain? Menurut Antoine Pommerol dari University of Bern, pada ketika pemerhatian ini dibuat, jarak komet dari matahari masih jauh, sehingga kadar ais ini meruwap hilang menjadi gas ialah hanya 1 mm sejam. Jika ais ini terdiri dari gas-gas seperti karbon dioksida atau karbon monoksida, ia akan meruap jauh lebih cepat dan akan hilang dari pandangan.

Ada beberapa lagi teori menarik yang dibincangkan di artikel tersebut, dan disyorkan anda merujuknya juga.

Apa yang pasti, masih banyak lagi penemuan yang bakal ditemui menjelang Komet 67P menuju ke titik orbit paling hampir dengan matahari pada bulan Ogos 2015 nanti.

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments